engkau yang memegang jalan
aku kau letakkan disimpang
ditinggal tanpa bekal
menunggu dengan kedahagaan
yang kau tahu
kau bisa hilangkan hausnya
sampai bila
sampai berapa lama
telah kau curi ia kau ambil dan kau robek
lalu kau cantum namun tak kau beri semula
harus sampai bila
sampai berapa lama
telah kau bisu diamkan diri membiar aku menilik-nilik
lalu kau pergi tak berisyarat tak berkata apa
aku yang kau biarkan sudah separuh gila
sudah kabur segala pandangan hilang peta
perlukah aku berjalan
perlukah aku tunggu
menjadi si polan yang dungu
sedang tak kau bicarakan peta fikiranmu
aku tak mahu
menjadi si polan yang dungu itu
mengertikan aku sekali
aku bukan si tuli
khabarkan aku sekali
aku bukan si bingai
yang kau ambil waktu kau mahu
yang kau angkat bila kau ingat
yang kau dekat bila kau hajat
harus sampai bila
sampai berapa lama
untuk aku yang dibiarkan
dan engkau yang membiarkan
menjadi terbiar.
~kid, malam kemarau~
